Powered By Blogger

Saturday, February 13, 2010

Kenduri lagi aaaahhhhhh

Sebuah cerita yang akan bermula malam ini di rumah aku.Bermula selepas solat isyak di masjid.Sebuah kenduri akan dilaksanakan.Hi...hi...hi....Kenduriini namanya kenduri lenggang perut.Pada mulanya aku pun tak tahu amenda lenggang perut ni.Lepas tanya mama baru tahu rupanya lenggang perut ni untuk orang yang dah mengandung selama 7 bulan like auntyku yang juga mempunyai blog.Okey sekang cita ni pun dah habis mama pun dah panggil tu jadi.BYE............BYE.

Friday, January 8, 2010

musim sekolah

Hehehe saja nak cita pasal musim yang paling tak best iaitu musim sekolah. Tapai redhajeler pasal mak bapak nak anaknya jadi pilot kenalah juga belajar kat sekolah yang biasa tu. Tahun ni kena tanam cita-cita nak dapatkan nombor satu periksa sebab tahun lepas pagi-petang nombor 2. Tahun mesti mancapai cita-cita iaitu ingin mengalahkan 2pupu kita sendiri pompuan pulaktu alahai malunya jadi lanang kalah ngan wedok. Waca! Selamat bersekolah.

Thursday, December 17, 2009

alkisah pergi afamosa

kah...kah...kah.Sepatutnya tulis ini dulu baru yang port dickson.Ah lantaklah terbalik pun takpelah.
Sekeluarga pergi pada 5,6 haribulan 12. Kami pergi empat kereta yang keempat datang lambat. Kami menginap di sana selama dua hari satu malam. Kami datang tepat pada masa check-in jadi takdelah kena tunggu lama-lama. Dah sampai banglonya bolehlah. Nak kata besar tak besar nak kata kecik tak kecik senang kata okeylah. Masuk banglo biasalah buat kerja orang baru masuk hotel mengemas. Hari pertama okey budak-budak mandi kolam. Orang dewasa tengokjer. Dah malam dengar bunyi macam air terjun kat tingkat atas. Sekali tengok bilik keluarga keempat dah banjir. Silingnya bocor apalagi budak-budak duduk jeler. Orang dewasa buat kerja. Lepastu dibagitahu boleh pindah banglo. Apalagi kemas barang lagi. Aku pulak kena naik motor dengan pekerja hotel tu pergi banglo lagi satu. Sampai sana sorang-sorangjer. Seram ade takut mestilah ade. Mujur orang-orangnya tak lama sangat. Sampai sana buat kerja lagi tapi anje rilekjer sebab time tu anje demam.Walaupun penat tapi berbaloi pindah sebab banglo lagi satu lagi cantiklah.Sampai besok budak2 cepat mandi sebab dah nak check-out. Budak2 dah habis mandi semua dah habis kemas apalagi baliklah.Sampai disini saja cerita saya. Assalamualaikum.

Wednesday, December 16, 2009

Jalan-jalan pergi Port Dickson

Hari ni aku pergi port dickson dengan keluarga aku. Kitorang pergi dua keluarga. Keluarga aku dengan keluarga sepupu aku. Keluarga pertama pergi naik kereta MYVI. Keluarga kedua pergi naik kereta SERENA. Keluarga pertama pegi pukul 4:15 pagi sebab sambil hantar nenek aku pergi Indonesia. Keluarga pertama pergi elok jer sampai sana pun awal. Keluarga kedua pergi pukul 10 pagi pasal banyak sangat barang nak sumbat dalam kereta. Sampai sana keluarga pertama kena tipu dengan keluarga kedua. Check-in pun pukul 2 petang. Kitorang sampai sana lebih kurang pukul 12:30 tengah hari. Budak-budak sempatlah berseronok mandi swimming pool. Orang dewasa tengok jer. Mandi-mandi-mandi tengok-tengok dah pukul 2. Apalagi orang dewasa pergi check-inler. Budak-budak nak mandi pun tak sempat. Ahaha.

Friday, November 13, 2009

belajar blog

hari ini hari pertama saya mula belajar blog bersama anak saya. Otak kami macam nak meletup. Belajar terus belajar lama-lama dapat. Seronok rupa-rupanya. Dah tak nak berenti pula. Perut dah lapo rugi pula nak berenti.Rasanya kalau ari-ari buka blog mesti boleh kurus.